TEMUDUGA TERBUKA PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
JAWATAN KOSONG SIRI 11/2016
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dengan pengawasan minimum untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
(1) PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
BIL. KEKOSONGAN : SATU (1)
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN : PELAKSANA
KADAR UPAH : RM 54.00 SEHARI
SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; atau
(d) * bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal
dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam
Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
SYARAT TAMBAHAN : Keutamaan adalah bagi calon-calon :
Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak
mempunyai penyakit kronik.
Berumur dalam lingkungan 18 – 45 tahun.
RINGKASAN TUGAS :
Menjalankan tugas pemantauan melalui sistem kamera
litar tertutup (CCTV).
Menjalankan tugas pemantauan keselamatan bangunan
melalui rondaan.
Mendaftar, mengeluarkan dan memeriksa kad pas
keselamatan/ kad pengenalan staf, pelawat dan
kontraktor.
INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN
RAYA MALAYSIA (MIROS)
Memeriksa semua staf, pelawat dan kontraktor yang
memasuki premis memakai Kad Pas Keselamatan
yang disediakan.
Melaksanakan pemeriksaan fizikal ke atas staf,
pelawat, kontraktor dan memeriksa kenderaan, begbeg
serta peralatan/ kelengkapan yang dibawa masuk
atau keluar oleh mereka terutama selepas waktu
pejabat dan masa cuti.
Mengawal pergerakan lalu lintas kenderaan di sekitar
kawasan premis.
INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN
RAYA MALAYSIA (MIROS)
PANDUAN KEPADA PEMOHON
(a) Bagi pemohon yang berminat, sila hadir ke sesi temuduga terbuka pada tempat dan tarikh
seperti berikut :
Tempat : Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS),
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.
Pada : 29 dan 30 Ogos 2016 (8.00 pagi – 4.30 petang)
(b) Pemohon dikehendaki berpakaian sopan dan bersesuaian semasa menghadiri temuduga dan
sila bawa bersama-sama:
Sijil SPM (asal dan salinan)
Kad Pengenalan (asal dan salinan)
Sijil Lahir (asal dan salinan)
Sijil Berhenti Sekolah (asal dan salinan)
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
(c) Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki atau mengemukakan
maklumat palsu akan menjejaskan permohonan tuan/puan.
(d) Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan
dari tarikh temuduga, permohonan dianggap TIDAK BERJAYA.